Pihak universiti memainkan peranan penting dalam memastikan persekitaran kampus yang selamat dan bebas daripada penyalahgunaan bahan terlarang. Salah satu langkah utama yang boleh diambil ialah memperketatkan kawalan dan pemantauan terhadap aktiviti pelajar. Universiti boleh memperkenalkan sistem pemeriksaan berkala, terutama dalam kawasan asrama atau tempat-tempat yang berpotensi menjadi lokasi penyalahgunaan bahan terlarang. Pemeriksaan mengejut oleh pihak keselamatan universiti boleh menjadi satu langkah pencegahan yang berkesan bagi menghalang penyebaran bahan terlarang dalam kalangan pelajar.
2. CERAMAH MEMBANTERAS SALAH GUNA BAHAN TERLARANG
Selain itu, universiti perlu menjalankan program kesedaran secara berkala untuk mendidik pelajar mengenai bahaya penyalahgunaan bahan terlarang. Seminar, bengkel, dan ceramah boleh dianjurkan dengan menjemput pakar kesihatan, bekas penagih yang telah pulih, atau pegawai dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk berkongsi pengalaman dan memberikan maklumat yang lebih realistik tentang kesan buruk dadah dan alkohol. Pendedahan secara langsung kepada kisah benar tentang individu yang pernah terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang dapat membuka mata pelajar dan memberi kesedaran kepada mereka supaya tidak terjerumus dalam perangkap ini.
3. MEMPELBAGAIKAN AKTIVITI DI UNIVERSITI
Di samping itu, pihak universiti boleh menyediakan lebih banyak aktiviti sihat dan menarik untuk mengisi masa lapang pelajar. Kekosongan masa sering menjadi faktor utama pelajar mencari hiburan yang salah, termasuk penyalahgunaan bahan terlarang. Oleh itu, universiti boleh memperbanyakkan program seperti sukan, aktiviti kebajikan, dan kelab rekreasi bagi menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang lebih positif dan berfaedah.



No comments:
Post a Comment